Terms of Service
Dengan menggunakan HookCraft + AffiSnap, anda bersetuju dengan terma dan syarat berikut.
1. Penerimaan Terma
Dengan mendaftar, melawat, atau menggunakan perkhidmatan HookCraft + AffiSnap ("Platform"), anda bersetuju untuk terikat dengan terma ini. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan Platform ini.
2. Perihalan Perkhidmatan
HookCraft + AffiSnap menyediakan alatan AI untuk menghasilkan teks (hook, post, caption) dan media (gambar UGC, video) untuk kegunaan pemasaran affiliate dan kandungan digital. Output AI adalah penjanaan automatik dan tidak menjamin keputusan perniagaan atau jualan tertentu.
3. Akaun & Keselamatan
Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan akaun anda. Sebarang aktiviti di bawah akaun anda adalah tanggungjawab anda. Beritahu kami segera jika ada akses tanpa kebenaran.
4. Kandungan & Hak Cipta
Anda memiliki hak penuh ke atas kandungan yang anda hasilkan menggunakan Platform ini. Namun, anda tidak boleh:
- Menggunakan Platform untuk menghasilkan kandungan yang melanggar undang-undang, fitnah, atau diskriminasi
- Menjual semula akses kepada Platform tanpa kebenaran
- Menggunakan script, bot, atau kaedah automatik untuk mengakses perkhidmatan
- Memuat naik kandungan yang melanggar hak cipta pihak ketiga
5. Kredit & Pembayaran
Credits: Sebahagian ciri memerlukan credits yang dibeli secara berasingan. Credits tidak boleh ditukar balik kepada wang tunai. Credits yang tidak digunakan kekal dalam akaun anda.
Lifetime Access: Pembelian Lifetime memberikan akses tanpa had kepada ciri tertentu (seperti yang dinyatakan semasa pembelian) tanpa potongan credit. Ini bukan termasuk VideoGen atau AffiSnap V2 yang menggunakan sistem credits.
Refund: All sales final. Tiada refund kecuali terdapat kesilapan teknikal dari pihak kami yang disahkan.
6. Penamatan Akses
Kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda tanpa notis sekiranya berlaku penyalahgunaan, aktiviti penipuan, atau pelanggaran terma ini. Dalam kes sedemikian, credits atau akses yang telah dibeli tidak akan dipulangkan.
7. Had Liabiliti
Platform ini disediakan "sebagaimana adanya". Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian langsung atau tidak langsung yang timbul daripada penggunaan perkhidmatan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada: kehilangan data, gangguan perniagaan, atau kegagalan AI menghasilkan output yang diinginkan.
Output AI adalah penjanaan automatik berdasarkan prompt anda. Kami tidak menjamin kesesuaian output untuk tujuan tertentu atau kepatuhan dengan garis panduan platform media sosial pihak ketiga.
8. Perubahan Perkhidmatan
Kami berhak untuk mengubah, menggantung, atau menamatkan mana-mana ciri pada bila-bila masa. Kami akan berusaha untuk memberi notis wajar untuk perubahan besar.
9. Undang-Undang & Penyelesaian
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diselesaikan secara muafakat. Jika tidak berjaya, ia akan dirujuk kepada bidang kuasa mahkamah kompeten di Malaysia.
10. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan tentang terma ini, sila hubungi kami melalui saluran yang disediakan dalam aplikasi.
Terakhir dikemas kini: Mei 2026